MISTERI BAHTERA DI TENGAH LAUTAN - SECEBIS KISAH WALIYULLAH
Angin kencang telah bertiup di tengah lautan. Laut bergelora tinggi, melanda sebuah kapal besar yang sedang belayar. Gelombang laut semakin menjadi-jadi, membuatkan penghuni kapal yang terdiri daripada ahli perniagaan itu semakin cemas kerana keselamatan mereka mula terancam. Dalam pada itu, di hujung bahtera itu kelihatan seorang lelaki berpakaian daripada bulu unta. Di wajahnya sedikit pun tidak ada tanda cemas. Lebih menghairankan, apabila lelaki itu turun dari kapal, dia boleh berdiri di atas air dan telah mendirikan sembahyang di tengah laut yang sedang mengganas itu. Kemudian dia berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Melihatkan kehebatannya, beberapa orang di dalam bahtera itu memanggilnya. “Wahai saudara, jangan tinggalkan kami. Bantulah kami!” “Apakah hajatmu?” kata lelaki itu. “Kapal ini sudah hampir tenggelam dipukul ombak dan gelombang. Tolonglah kami!” jerit mereka. Segera lelaki itu menjawab: “Hampirkanlah diri kamu kepada Allah.” “Macam mana cara untuk kami...